Kerajaan Selangor Aniaya Peniaga Kompleks PKNS - Najib 13/1/2012



Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan kadar sewa pusat perniagaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekali ganda baru-baru ini sebagai keterlaluan.

"Saya dimaklumkan bahawa peniaga di Kompleks PKNS ini menghadapi satu masalah yang berat dan sukar. Masalah itu adalah ekoran tindakan kerajaan negeri menaikkan kadar sewa sebanyak 100 peratus.Walaupun boleh dikatakan kadar disini masih rendah berbanding kompleks yang lain, tetapi kenaikan 100 peratus adalah keterlaluan," katanya dalam sidang media selepas program ramah mesra bersama peniaga di Kompleks PKNS.Katanya,sebagai kerajaan negeri yang mendakwa diri mengutamakan kebajikan rakyat, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid tidak wajar menaikkan kadar sewa pusat perniagaan itu.Justeru, beliau menyeru rakyat memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Maklumat Lanjut Sila Layari

http://www.klpos.com/ekslusif/2242-warga-selangor-perlu-beri-kepercayaan-kepa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog