Gerakan Tuntut PERKASA Mohon Maaf Atas Pemberian Angpow Dalam Sampul Warna Putih

Isu terbaru yang dimainkan oleh akhbar cina nampak panas sehari dua. Presiden Perkasa telah memaklumkan bahawa tindakannya memberikan wang dalam sampul berwarna putih kerana kehabisan sampul merah. Jangkaan awal beliau hanya 500 yang hadir tetapi sambutan luar jangka yang hadir melebihi 1000 orang.

Oleh kerana warna sampul berwarna putih maka ia menjadi satu isu besar.  Bagus lah, sekurang-kurangnya kita tahu bahawa budaya cina pantang menggunakan sampul berwarna putih.

Manalah Perkasa tahu bahawa ia menjadi satu kesalahan. Akhbar cina juga tak sepatutnya membesar-besarkan isu ini.

Pemimpin Gerakan dam MCA pun nampaknya mengambil kesempatan untuk menghentam Perkasa kerana tidak sensitif dalam perkara ini.

Ini lah namanya silang budaya yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia. Orang cina pun akhir-akhir ini sudah tidak berapa sensitif dengan agama dan budaya orang Melayu. Oleh itu kalau Melayu kurang faham tentang budaya cina jangan lah melenting.

 Seorang rakan TM pernah mencerita betapa tidak sensitifnya seorang pekerja wanita cina yang membawa makanan yang mengandungi daging babi ke dalam pejabat dan menggunakan perkasasan di bilik pantri. membuang tulang-tulang ke dalam bakul sampah yang perlu dikutip oleh perkerja melayu dan membasuh bekas makanannya dalam sinki pejabat. Ini satu penghinaan kepada orang Islam.

Baru-baru ini di sebuah pasaraya di Kamunting dimana pekerjanya dipaksa memegang bungkusan daging babi tanpa berlapik. Ini juga satu penghinaan.

Contoh lain ialah kes pembantu rumah Indonesia yang beragama Islam dipaksa memasak daging babi dan ada yang memaksa pembantu makan babi. Bila perkara ini ditimbulkan dalam akhbar, adakah Gerakan dan Mca memohon maaf?

Kita semua faham bahawa rakyat British yang dibawa masuk ke Malaya dahulu enggan pulang ke negara asal mereka dan salah satu syarat yang ditetapkan sebelum  diterima menjadi warga negara ialah mereka mestilah memahami adat budaya orang Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara. Sudah lupakah syarat-syarat ini?

Gerakan meminta PERKASA memohon maaf kerana menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpow dalam sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pertubuhan itu semalam.


Naib presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata pemberian angpow dalam sampul putih pada Tahun Baru Cina - sebagai festival kegembiraan - menunjukkan presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas.


Putih dianggap sebagai warna yang digunakan dalam upacara kematian dalam adat resam kaum Cina.


"Sebagai ahli Parlimen dan berada dalam politik untuk bebeberapa tahun, Ibrahim masih tidak tahu kebudayaan kaum lain dan sebab itu dia terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya dalam kenyataan di sini.


Dalam pada itu, timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar berkata oleh kerana jumlah hadirin yang besar pada majlis itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, pihaknya kehabisan sampul berwarna merah dan terpaksa memberi angpow dengan menggunakan sampul warna putih.


Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata tindakan PERKASA itu tidak menghormati budaya dan adat resam kaum Cina.


Katanya Ibrahim harus bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat pelbagai budaya dan pantang larang setiap kaum dan agama.


"Tidak dapat diterima bahawa tidak tahu boleh dijadikan sebagai alasan," katanya dalam kenyataan. - BERNAMA
 Harapan TM  ialah lebih banyak program-program memahami silang budaya masyarakat kita yang boleh dianjurkan oleh parti-parti politik dan juga jabatan perpaduan . Tindakan Perkasa menganjurkan majlis tersebut merupakan satu usaha yang baik dalam memahami silang budaya, namum kerana kesilapan kecil yang tidak disengajakan, ada pihak yang mengambil kesempatan ini untuk mengeruhkan hubungan yang baik antara kaum di negara bertuah ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog