Tahun Naga |
Esok seluruh warga Malaysia khasnya yang berbangsa Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Yang jelasnya perayaan yang sememangnya menjadi sambutan kepada seluruh Rakyat Malaysia tetap meriah walaupun disambut dalam kesederhanaan.
Semangat NAGA.Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tahun ini merupakan Tahun Naga Air, iaitu haiwan kelima daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina, dan akan lahir pada 23 Januari.
Naga samawi ini merupakan lambang tersohor dalam mengecapi kejayaan serta kebahagiaan dan masyarakat Cina percaya tahun baru ini akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang dilahirkan pada Tahun Naga.
1AGENDA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua Masyarakat Cina di Malaysia. Semoga dengan datangnya tahun baru ini iaitu tahun Naga, didoakan agar negara kita akan bertambah harmoni serta terus maju seperti yang didasarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi.
Kepada semua Penggiat Media Sosial, jadikanlah semangat 'Naga' ini sebagai satu semangat yang baik dan hormatilah kebebasan media ini dengan menghormati hak sesama kita. Hentikanlah budaya cerca, maki hamun, mencarut serta fitnah yang jauh menyimpang dari adab budaya yang kita amalkan.
Tolak dan buang perselisihan ideologi. Ayuh kita bersama bersatu merayakan Tahun Baru ini dengan semangat bersatu dan jauhilah politik pecah belah yang boleh melemahkan Negara kita sendiri.
Bagi yang memandu, pandulah dengan cermat dan berhati-hati dan sentiasalah melakukan pemeriksaan kepada keadaan kenderaan anda.
Sekian. Zul Azhar Cha
Yang Di Pertua
0 comments:
Post a Comment