Perak dan Kelantan jalin kerjasama

Uploaded by ThePerakToday on Jan 25, 2012

Perbezaan parti dan ideologi politik bukan penghalang buat kerajaan Perak dan Kelantan menjalin bekerjasama dalam mempromosi sektor pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Perak dan Kelantan 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu jalinan kerjasama dua hala dengan Perak dilakukan dalam usaha menarik pelancong berkunjung ke negeri itu.

"Soal perbezaan parti yang mentadbir bukanlah isu besar dalam jalinan kerjasama ini... setiap pelancong yang datang tidak kiralah di mana-mana negeri pun mereka tidak akan melihat dulu parti mana yang memegang tampuk kepimpinan.

"Tidak kira siapa yang mentadbir... bila ada orang yang melancong maka ia tetap akan melancong jadi janganlah kita menjadikan ideologi politik sebagai penyebab untuk tidak melancong ke Perak atau Kelantan," katanya.

Tambah beliau lagi, dengan kedudukan Kelantan dan Perak yang berdekatan, maka kebergantungan antara kedua-dua kerajaan negeri untuk menarik pelancong terutama pelancong asing adalah sesuatu yang dianggap sangat wajar.

Malah katanya, kedua-dua negeri memiliki keunikan dan keistimewaan yang tersendiri yang membolehkan jalinan kerjasama dalam aspek promosi mampu direalisasikan.

Tambah Takiyuddin, melalui perjanjian persefahaman itu, kedua-dua negeri melalui Jawatankuasa Pelancongan masing-masing akan mengatur pelbagai program dalam usaha menarik pelancong.

Dalam pada itu, Exco Pelancongan Perak, Datuk Hamidah Osman, mengakui kerjasama yang bakal dilakukan antara kedua-dua negeri menunjukkan satu perkembangan baru dalam kesepakatan pemimpin tanpa mengira ideologi politik.

Katanya, dalam aspek untuk membangunkan ekonomi negeri melalui industri pelancongan, setiap pemimpin perlulah lebih profesional untuk melaksanakan tanggunggjawab yang diamanahkan.

"Tugas mempromosi negeri ini samalah macam kita promosi negara dan untuk menarik kedatangan pelancong antarabangsa, maka kita perlu kerjasama erat setiap negeri tanpa mengira siapa pun yang memerintah.

"Kita akui kerajaan Kelantan sangat professional dalam usaha untuk menarik pelancong malah apa yang lebih bagus mereka sudi menjalinkan kerjasama dengan negeri Perak," katanya.

Tambah Hamidah, pendekatan seperti itu sepatutnya telah lama diaplikasikan di negara ini namun pegangan kuat dalam perjuangan politik menyebabkan masing-masing lebih cenderung untuk bekerjasama dengan parti sendiri sahaja.

Malah katanya, dengan wujudnyan jalinan kerjasama itu nanti ia sekaligus mencerminkan sikap bertanggungjawab pemimpin dengan mendahulukan tugas tanpa mengira ideologi politik.

Hamidah ditemui pemberita selepas menyambut kedatangan 60 peserta konvoi yang diketuai Takiyuddin ke negeri Perak bagi mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Rombongan itu turut disertai pasukan kebudayaan termasuk dikir barat dan nasyid yang akan mengadakan persembahan di negeri-negeri yang bakal dilawati.

Uploaded by on Jan 25, 2012

http://peraktoday.com/wp/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog