MetronewsKL-Crimedesk-Sendiket Dadah Daerah Klang Tumpas



Uploaded by MetronewsKL on Jan 26, 2012

Dadah Klang
polis klang berjaya melumpuhkan satu sendikit pengedaran dadah dan berjaya meramapas dadah bernilai seratus sembilan puluh ribu ringgit.
Dadah yang dirampas ini, dipercayai untuk di edarkan dikawasan lembah klang.
Menurut ketua polis daerah klang, ACP Mohamad Mat Yusop tangkapan pertama melibatkan dua lelaki berusia 53 dan 34 tahun di taman sentosa pagi tadi
Dalam serbuan 4 pagi itu, polis menemui 11 paket lutsinar dipercayai mengandungi dadah
Sementara itu, dalam satu serbuan pada Isnin lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan merampas 60 paket lutsinar berisi dadah dipercayai jenis heroin seberat 125.5 gram bernilai RM4,500.
dalam serbuan Rabu minggu lalu pula, polis memberkas dua penuntut kolej swasta berusia 23 dan 24 tahun berhampiran Jalan Sentul, Persiaran Raja Muda Musa, di sini kira-kira 6 petang.
Katanya, polis bertindak menyamar sebagai pelanggan sebelum memberkas suspek yang menyerahkan sebuah bungkusan mengandungi dua ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja seberat 1.9 kg bernilai RM4,000.
Mohamad berkata, semua suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog