Lawak Pagi Jumaat : Harga Minyak Dunia Turun Kerana Anwar


Harga minyak dunia dijangka akan melonjak hingga RM 390 satu tong atau 30 % jika Iran meneruskan ancamannya untuk menyekat laluan kapal di Selat Hormuz.

Jika keadaan berterusan subsidi kerajaan Barisan Nasional terhadap minyak negara semakin meningkat untuk mengekalkan harga yang diguna pakai sekarang.

Oleh yang demikian Anwar Ibrahim telah mengarahkan Presiden Obama supaya mengadakan perjumpaan dengan presiden Iran dan semua pemimpin negara pengeluar minyak.

Anwar kata kepada Obama, bahawa Yusoff Qardawi telah berpesan supaya harga minyak dunia diturunkan untuk membolehkan Anwar menurunkan harga minyak. Malah pemimpin parti Islam dari Indonesia, ulama-ulama terkenal termasuk Presiden Turki pun sudah minta Anwar berusaha untuk menurunkan harga minyak.

Kini Husam Musa, telah terbang ke sana ke mana kerana dilantik sebagai pengawai perhubungan kepada penolong pegawai khas kepada ketua penolong pegawai khas dan Ketua Pegawai Khas Anwar ( berapa banyak pegawai khas daaa....) untuk mengaturkan perjumpaan ini dalam masa terdekat.

Anwar yakin beliau mampu menurunkan harga minyak dengan menekankn Obama agar akur dengan desakan Yusoff Qardawi dan lain-lain rakan yang menyokong dan membuat solat hajat untuk Anwar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog