Saya gembira sebenarnya : Dr Zambry




Uploaded by ThePerakToday on Feb 9, 2012

"Saya gembira sebenarnya," demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir apabila kehadirannya sempena program turun padang di Daerah Kuala Kangsar hari ini disambut ceria dengan kibaran bendera parti pembangkang.

Selain memasang bendera PAS, PKR dan DAP, pihak pembangkang turut menggantung kain rentang yang tertera slogan Kerajaan Bersih, Rakyat Terbela.

"Ketika lawatan Perdana Menteri ke Bagan Serai, poster tertera wajah saya dengan disimbah cat dan sewaktu menghadiri program bersama rakyat di Changkat Ibol, papan tanda dewan pula menjadi mangsa simbahan cat merah.

"Hari ini, saya lihat pembangkang seolah-olah mengalu-alukan kehadiran saya ke Kuala Kangsar dengan memasang banyak bendera selain kain rentang yang tertera slogan Kerajaan Bersih, Rakyat Terbela.

"Mungkin pembangkang berasa semakin tergugat dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri lalu mencipta slogan itu pula untuk meraih sokongan rakyat," katanya.

Terdahulu, Zambry melancarkan Sistem Penapisan Tebing Sungai yang dibangunkan oleh Lembaga Air Perak (LAP) di Loji Rawatan Air Kampung Kota Lama Kiri, dekat Kuala Kangsar, projek pertama di Malaysia yang membabitkan pengambilan air bawah tanah.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata kerajaan BN telah sekian lama berjuang dan membela rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kita tidak pernah menghalang pembangkang untuk menggunakan slogan seperti itu dan yang lebih penting janganlah bertindak sampai ke tahap bakar poster saya seperti yang berlaku di Bagan Serai tempoh hari," katanya.
Category:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog