BR1M : Pengalaman Ain Sebagai Petugas Agihan





Puak Pas paling awal datang
Apabila Perdana Menteri mengumumkan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia, ramai di kalangan penyokong pembangkang yang mengganggap ianya hanyalah pembohongan, berikutan hasutan dari idea jumud “ahli-ahli ekonomi” tidak bertauliah mereka. Sudah begitu budaya mereka, mempertikaikan segala bentuk bantuan kepada rakyat.

Lebih memeranjatkan, terdapat pula dakwaan yang lebih serius. Berdasarkan pengalaman membantu agihan BR1M fasa pertama tempohari, Ain terkejut apabila ada kira-kira 20 orang yang rata-ratanya warga veteran yang hadir untuk mengisi borang permohonan.

Pas kata BR1M haram. so pulang balik lah duit tu
Dengan sapaan penuh santun, Ain sekadar bertanya mengapa lambat membuat permohonan, dua orang dari mereka berkata “Pakcik ingat RM500 ini bohong”. “Hari tu ada orang dari LHDN datang rumah, katanya Najib cancel bantuan 5 ratus ni”, sambil selebihnya menganggukkan kepala mereka.

Pastinya ada pihak yang cuba menggagalkan usaha murni kerajaan ini. Apakah tujuan mereka? Sudah sampai masanya untuk semua berfikir secara rasional, demi kebaikan rakyat, dan bukan bersifat iri hati hanya kerana kepentingan-kepentingan tertentu.

Penggunaan nama LHDN sememangnya satu usaha terdesak pihak berkenaan, yang bercirikan sabotaj.

Cukup bermakna pengalaman yang Ain perolehi, dalam menghadapi khalayak umum dalam agihan BR1M ini. Paling tidak boleh dilupakan, ada satu insiden yang memerlukan kita duduk sejenak, memikirkan di mana silapnya kita, orang timur yang penuh adat dan budaya berbudi, berterima kasih.

Pada dasarnya semua berjalan dengan baik, hasil dari susunatur dan “process flow” yang memudahkan rakyat dalam prosedur tuntutan BR1M ini.

Namun, kejadian yang berlaku tanpa diduga, apabila terdapat seorang lelaki berusia kira-kira 40-an, selepas sahaja keluar dari bilik penyerahan tunai RM500, berteriak sambil memandang petugas-petugas “Nak bagi RM500 bagi je lah! Ini kena datang waktu bekerja. Menyusahkan orang tau tak! Ni ikhlas ke tak ikhlas?” sambil berjalan menggenggam not-not RM50 yang diterimanya, tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di situ.

Hati ini terdetik, sudah hilangkah sifat bersyukur di hati masyarakat kita? Apakah tiada lagi perasaan malu? Bantuan sudah diambil, kata nista pula dilemparkan kepada petugas yang membantu?

Ain berkeyakinan, individu itu adalah penyokong pembangkang yang sengaja membuat provokasi. Mujur tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Sungguh pun tidak mahu berterima kasih, janganlah pula bersikap sedemikian. Diam memadai.

BR1M adalah bersifat bantuan, tiada paksaan untuk memohonnya. Kalau lah benar ia menyusahkan, pemohon sebenarnya boleh sahaja untuk tidak datang mengambilnya. Semudah itu.

Dan dengan jumlah beribu permohonan untuk setiap satu Dewan Undangan Negeri, pastinya urusetia serahan tidak mampu untuk hanya mengadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Pembahagian waktu serahan amat penting dalam mengelakkan kesesakan pemohon yang hadir.

Masih ada lagi banyak fasa penyerahan, dan Ain tidak sabar untuk terus berkhidmat kepada rakyat, untuk mendengar “denyut nadi rakyat”. Kepenatan bertugas terpadam apabila melihat wajah-wajah kegembiraan dari penerima bantuan.

Terima kasih Perdana Menteri!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog