Regim Israel primitif dan tidak bertamadun: Tun Mahathir



Uploaded by ThePerakToday on Feb 23, 2012

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan perilaku ganas Israel jelas menunjukkan rejim zionis itu masih belum bertamadun dan primitif.

Tambahnya, tindakan rejim Israel sebagai pengganas dan zalim itu tidak sepatutnya disokong oleh masyarakat dunia yang bertamadun.

"Sudah menjadi pegangan rejim itu bertindak lebih ganas daripada pengganas hingga mereka sanggup memusnahkan kampung-kampung atau bandar di Palestin.

"Apa yang sepatutnya dilakukan adalah mempertahan kan negara yang diserang dan bukan negara yang menyerang....tetapi hari ini ada individu yang menyokong keganasan seperti ini.

"Bagi saya, tiada sebab untuk kita menyokong Israel kerana mereka adalah kaum Yahudi yang sangat ganas dan zalim," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Jelajah Keamanan peringkat negeri Perak, di Ipoh, petang tadi.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan segala usaha baik yang dilakukan bagi membantu rakyat Palestin.

"Bagi pihak kerajaan negeri, kita menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Keamanan Global Perdana untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan di Gaza," katanya.

Menerusi program itu, negeri Perak telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM280,000 untuk disalurkan sebagai bantuan kepada rakyat di Gaza.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog