Nizar Parasit dalam Pas Perak

Godfather parasite
Blogger Mat Saman Kati yang menyertai DAP confirm YB Dato Seri Nizar Jamaluddin adalah parasite Pas. Baca penulisan MSK di bawah.

Hasan Ali sewaktu menjadi pakar motivasi dahulu dilihat sebagai satu ancaman oleh Anwar Ibrahim. Ketika itu saham Hasan Ali tengah mencanak naik. Anwar berusaha untuk menjatuhkan Hasan Ali dengan menggunakan Pusat Islam. TM pernah terlibat dalam agenda Anwar ini. kami dibawa ke Langkawi semata-mata untuk memastikan Hasan Ali tidak diangkat oleh PM menjadi orang penting dalam politik.

Anwar berjaya membunuh kerjaya Hasan dan peniagaan Hasan menjadi hampir muflis. Harakah dan Pas datang membawa harapan baru dan menyelamatkan Hasan Ali daripada jatuh bankrup.

Hasan Ali penyokong setia Anwar Ibrahim tanpa mengetahui bahawa Anwar lah yang pernah cuba membunuh beliau dahulu.


February 22, 2012



Oleh: MSK

Ini bukan aku yang cakap..tapi Hasan Ali yang cakap. Seboleh-bolehnya..aku tak mau cakap pasal Hasan Ali ni. Dari mula dulu aku dah kutuk dia, tapi masa tu orang kutuk aku balik. Aku pun tak mau cerita banyak-banyak sebab kalau aku cerita pun tak ada orang nak percaya. Serupa macam sekarang…kalau cerita pasai Mat Suhaimi.. mana ada orang PKR nak percaya. Malah ada orang kata.. saja nak jatuhkan PKR.

Di Selangor, Hasan Ali kata Khalid Samad sebagai parasit. Yang tu Khalid dah jawab. Hasan Ali marah kat Khalid sebab Khalid tak mau sokong dia jadi Menteri Besar.

Di Perak, masa Hasan Ali buat road-show di Bukit Gantang bulan lepas..Hasan Ali kata, Ahli Parlimen Bukit Gantang sebagai parasit di Perak. Dia tak sebut la nama Nizar..tapi bila sebut Ahli Parlimen Bukit Gantang tu..sapa lagi?

Yang pelirnya peliknya, bila orang kutuk Hasan Ali masa dia masih jadi PJ Selangor dulu…Ulama-ulama Pas sibuk mempertahankan Hasan Ali. Tapi bila sekarang Hasan Ali kutuk Pas..ulama-ulama dalam PAS membisu seribu bahasa. Masing-masing tak mau bersuara seolah-olah mengiyakan apa yang Hasan Ali kata.

Ada satu artikel dalam Malaysiakini English yang tak ada dalam versi BM yang menyebut bahawa Hasan Ali tak mau berjumpa dengan “parasit-parasit” ini.

Former Selangor state executive councillor Hasan Ali says he does not need to meet face-to-face with those in his former party PAS to debate the matter of “parasites” in the political organisation.

Pasai apa Hasan Ali tak mau jumpa? Takut ka?

Oleh kerana Hasan Ali tak mau jumpa dan tak mau berdebat dengan parasit-parasit ini..aku bagi tau pasai apa Hasan Ali sebut Nizar sebagai parasit dalam Pas Perak.

Semua orang tau Hasan Ali ni dulu Pengarah BTN. Dia juga menganjurkan Summer Camp.

Semasa Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak dulu, Hasan Ali ada memohon sebidang tanah yang agak luas dari MB Perak. Dia dapat tanah tu..tapi belum sempat mengusahakan tanah tersebut untuk dijadikan Summer Campnya, Anwar kena pecat. Dalam masa yang sama, Umno menolak permohonannya untuk menjadikan Summer Campnya sebagai kem latihan BTN.

Bila Anwar kena pecat, Hasan Ali pun masuk Pas. Hasan Ali pun masuk PAS bila dah tengok kebangkitan rakyat menentang Umno masa tu. Ramai orang ingat Umno akan tumbang masa reformasi 98 dan PRU 99.

Bila masuk Pas..pokt Hasan Ali makin lama makin kering. Cerita dia minta tolong kat Harakah dan jual minyak setiap ceramah tu aku tak mau sebut la.

Yang aku nak sebut ialah..Hasan ali tak bayar duit premium dan cukai tanah yang diperolehi nya dari Ramli Ngah Talib. Akhirnya, tunggakan sudah mencecah hampir sejuta ringgit.

Tup-tup..Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Perak dalam PRU 2008.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Hasan Ali ialah cuba buat deal dengan Khir toyo di Selangor supaya dia boleh jadi Menteri Besar. Khalid Samad pi pecah lubang pulak..maka terkantoi lah perancangan Hasan Ali di Selangor.

Kemudian dia cuba buat deal dengan Umno Perak melalui Harussani. Ahmad Awang pulak pecah lubang. Terkantoi pulak perancangan Hasan Ali di Perak.

Akhirnya, Perak dan Selangor berjaya ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim jadi MB Selangor dan Nizar jadi MB Perak.

Tak lama selepas Nizar jadi MB Perak..Hasan ali datang berjumpa Nizar. Hasan Ali minta apa?

Hasan Ali meminta supaya Nizar melupuskan semua tunggakan premium dan hasil tanah yang berjumlah hampir sejuta ringgit. Fuiyo!!

Nizar kata tak boleh. Itu menyalahgunakan kuasa namanya.

Oleh kerana Nizar tak mau melupuskan hutangnya kepada kerajaan negeri, maka Hasan Ali berdendam dengan Nizar.

Wei!! Kepimpinan Pas tau perkara ni! Sepatutnya depa bagi warning kat Hasan Ali yang gelojoh dengan kuasa. Tapi kepimpinan Pas juga berdiam diri…sebaliknya masih mempertahankan Hasan Ali. Ramai yang marah kat Nizar sebab tak mau tolong member.

Aku nak tanya kat ulama-ulama Pas..”hangpa nak mempertahankan individu atau mempertahankan nilai?”

Mudah-mudahan, dengan menghentam PAS, hutang Hasan Ali kepada kerajaan negeri Perak akan terlangsai. Orang macam ni hangpa nak percaya untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja?

So..hangpa tau pasai apa aku sokong Nizar walaupun aku orang PKR masa tu? Hangpa tau pasai apa orang Pas sendiri ramai yang tak suka kat Nizar?

Hari Jumaat lepas aku pi ceramah ABU di Bandar Tun Razak dimana Mat Sabu juga berucap. Dalam ucapannya, Mat Sabu kata, “DAP menjadi ancaman kepada PAS.”

Mula-mula aku ingat..Mat Sabu pun dah tak betui.

Mat Sabu kata..sepatutnya Kedah dan Kelantan menjadi negeri contoh dan menjadi rujukan sebagai negeri yang berjaya sebab ianya diuruskan oleh ulama dan berlandaskan Islam. Kalau kedua-dua negeri ini berjaya menjadi rujukan kepada kejayaan pengurusan..sudah pasti Pas tak susah untuk memimpin negara. Tapi terbalik pula…DAP yang mengurus Pulau Pinang pula dikatakan sebagai negeri yang paling berjaya bukan saja dikalangan empat negeri Pakatan malah diseluruh negara.

Hasan Ali mahu menggagalkan Pas dengan menggelar mereka yang progresif dalam Pas sebagai parasit. Hasan Ali mahukan kepimpinan ulama menjadi teraju kepimpinan Pas supaya Pas sentiasa terkebelakang.

Sori la brader-brader dalam Pas. Kepimpinan ulama diperlukan untuk memastikan Pas melahirkan pemimpin yang kredibel dan berintegriti…tapi dalam mengurus hal-hal ekonomi negeri…bagi la kat pemimpin muda yang progresif dan professional. Jangan la semua nak bagi ulama yang uruskan.

Bukankah golongan profesional dan progresif ini juga ulama? Tak kan yang pandai ugama saja di panggil ulama..manakala yang yang professional dan progresif ini dipanggil sekular dan parasit?

Ini juga bukan aku yang cakap tapi Hasan Ali yang cakap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog