Siapa Manjungmari?





"Siapa Manjungmari ?" Itu lah soalan yang sering diajukan kepada TM . Mereka menyatakan antara TM dan Manjung mari (MM) adalah rakan sebab MM selalu membahasakan TM sebagai rakannya.

Sebenarnya TM tak kenal dan tak pernah jumpa atau bersembang dengan dia. Mungkin dia pernah skodeng atau terlihat TM bila dia balik ke Taiping , sebab tu dia selalu balun TM dalam blog dia.

Oleh kerana kuatnya MM membelasah TM, ada rakan menyuruh TM membuat report polis, tetapi TM tak sampai hati untuk buat report. biarlah dia berkokok dalam blog dia. Sebabnya puak-puak Pas Asobiah yang dok balun Dr Zambry dan Najib lagi teruk, tetapi Zambry dan Najib cool sahaja.

Menurut rakan dari Lumut, bahawa MM pernah bekerja sebagai  laskar berpangkat koperal, rekod perkhidmatan dia tidak berapa bagus menurut beliau, nama sebenar MM ialah Mat Desa, berusia 50an dan kini bekerja di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang berpangkalan dalam  TLDM base.

Seorang yang fanatik Pas dan menjadi orang kanan kepada Laksamana Pertama Bersara yang bercita-cita untuk menjadi ADUN Pangkor.  MM adalah orang penting yang menjadi penghubung kepada warga TLDM agar menyokong Laksama Pertama untuk melawan Dr Zambry di Pangkor.

Menurut rakan lagi, beliau mempunyai isteri yang bekerja sebagai guru di sekolah kerajaan. TM menganggap MM ditugaskan oleh Pas Perak untuk memantau dan melemahkan kekuatan blog Taipingmali. Ini ternyata kerana hanya blog dia sahaja yang menyerang tidak kepada blog lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog