Isu panas 1 Agenda dan MyVoice

Beberapa minggu lepas TM ada menulis mengenai satu program media sosial di Kelantan dan ia menjadi panas sehingga ke hari ini walaupun artikel itu ditarik balik oleh TM.

Sok sek mengenai program yang sama terus menjadi pokok perbualan selepas dua senario berbeza dalam program yang sama di Temerloh dan di Kota Baru.

'Apa' dalam blognya pun memberi pandangan yang bercampur-campur dalam artikelnya selepas hadir program pada 20 November di PWTC. Tun Faisal juga dijemput untuk bercakap di radio kerusi panas bersama Zulkifli Bujang.

TM tidak hadir ke program itu kerana kurang sihat tetapi melihat dari laporan media oleh rakan-rakan dari fb dan blog. TM dapat melihat macam ada yang tak kena dalam program tersebut kerana terlibat penonjolan ketara beberapa individu di situ. Ia satu program kalaborasi beberapa badan dan ia kelihatan sangat berjaya.

Kelemahan pasti ada, mana ada satu program yang tak ada kelemahan. lain lah jika ia telah dibuat berulang kali seperti persidangan agong Umno atau ringkasnya PAU, semuanya terancang dan sudah ada dalam kepala  jawatankuasa. tahu apa yang perlu dilakukan mengikut tentatif .

Artikel Jendela maya ditulis berdasarkan pandangan dari sudut-sudut pemikiran beliau, ia juga menarik perhatian TM untuk respon. setelah di upload pagi tadi, TM menerima banyak BBM , SMS dan panggilan. so banyak lah call in dan call out hari ini.

1Agenda tidak demand bajet yang besar seperti yang diwar-warkan di Ayer Keroh baru-baru ini. kertas kerja membuktikan segala-galanya.

Tak perlu memburuk-buruk orang-orang dalam 1Agenda terutama Zul Azhar Cha bukan dia nak jadi Presiden pun. dia pun cadangkan TM jadi presiden.

Memandang 7 orang yang hadir dalam mesyuarat penubuhan, kami bersetuju melantik Zul pegang jawatan tersebut kerana dia bekerja sendiri dan mampu bergerak ke sana sini walaupun kesihatan kurang memberansangkan. AJK yang lain mempunyai pekerjaan dan sukar untuk bergerak kecuali diluar waktu pejabat.

Mungkin silap kami juga kerana mempamerkan kertas kerja kepada orang lain sehingga dilabelkan dengan begitu buruk sekali...sepatutnya tunjukkan kertas konsep sahaja. So ini peringatan jika ada idea jangan tunjuk semua. cukup tunjuk kertas konsep dalam sehelai kertas A4.

1Agenda telah menghantar proposal ke 5 negeri setakat ini untuk membuat program dan yang pertama ialah di Temerloh Pahang. Bagaimana pun isu ini menjadi panas.

TM selaku Timbalan Presiden berharap 1 Agenda keluar dari sekretariat My Voice, biarlah mereka yang beria-ria nak ambil alih meneruskan projek ini. Kami berundur dan berundur bukan bererti kalah.

Malam esok ada meeting dan teruskan lah program yang baik tanpa penyertaan mana-mana ahli 1 Agenda.

TM tetap berbangga kerana visi dan misi serta falsafah 1 Agenda tercapai walaupun digerakkan oleh orang lain

Kepada mereka yang berebut nak ambil alih program myvoice ini pasai apa? Ada masyuk besar ka?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog

Loading...