ABU terus jadi abu yang berterbangan di udara masuk ke laut




Gambar yang dirakamkan oleh Minaq Jinggo membuktikan segala-galanya bahawa NGO bernama ABU yang digerakkan oleh Chegu Bard tidak mendapat sokongan rakyat.

Untuk menarik sokongan orang Pas agar dewan penuh, ABU terpaksa menjemput penceramah kontroversi iaitu Khalid Samad atau Khalid Gereja kerana menyokong penggunaan kalimah Allah di gereja.

Selain itu Adam Adli, mahasiswa yang drop out dari UPSI kerana menjadi pecacai Anwar Ibrahim dipergunakan oleh Chegu Bard untuk menarik lebih ramai crowd dari kalangan pemuda atau pelajar-pelajar IPT.

Di dua lokasi pelancaran ABU di Beranang dan Bukit Anggerik, kehadiran penyokong Abu tidak lebih dari 500 orang.

Agaknya kalau Khalid Gereja tak turun, kehadiran penyokong bolehlah dikira dengan jari. Walaupun ABU nampak gagal tetapi ia tetap menjadi ancaman, kerana yang sedikit itu lah akan menjadi peneraju kepada gerakan yang lebih besar, atau Chegu Bard sengaja mahu dilihat ABU kelihatan tidak mendapat sambutan dan sokongan.

Samalah seperti yang di perkatakan oleh Lim Guan Eng pada kempen PRU 12, kononnya dia sedar Dap tidak ada harapan untuk menang, kehadirannya hanyalah untuk mengambil sedikit ruang dalam parlimen dan memberi sedikit suara untuk check and balance dalam sistem demokrasi negara.

Pada hal sejak 2007 lagi Dap sudah bergerak secara bawah tanah dengan menakut-nakutkan orang cina dengan isu pendidikan, dasar ekonomi baru dan hal-hal lain yang tidak adil kepada bukan melayu.

ABU perlu disekat, dilanggar, dirempuh oleh tentera Pemuda Umno agar hancur ABU dan hidup ABAI atau Asalkan Bukan Anwar Ibrahim.

Berita terkini dari Kuantan menyatakan bahawa jumlah peserta yang berhimpun hanyalah sekitar 3 ribu sahaja dan bukan 15 ribu seperti yang didakwa oleh penganjur.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog

Loading...