EKONOMI ORANG MELAYU TIDAK PERNAH BERKEMBANG DI BAWAH KEPIMPINAN PAS


 

Pas hanya tahu memeras wang rakyat





IPOH, 13 Februari, Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara, jelas Pucuk kepimpinan Barisan Nasional Negeri Perak.

Bn mengatakan, yang sebenarnya perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh Pas yang memerintah Kelantan dan Kedah.

Beliau menyatakan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang kerana Pas menghasut pengikutnya daripada menyokong usaha kerajaan.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin PAS itu sendiri.

Memetik ucapan beliau “ sebenarnya pemimpin Pas yang kononnya berjuang mempertahankan hak orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri kepentingan politik pemimpinan Pas sendiri”

“ Pemimpin Elit Pas itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik perjuangan Islam”

“Cuba kita lihat baru-baru ini, bekas Exco Pas yang dipecat telah mendakwa Pas menggunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi”

“Katanya beliau telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan beliau diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan dan ia secara terang-terangan untuk membeli undi”

Justeru disini jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Islam ,semua tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin Pas yang terus ingin membolot harta rakyat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog