MB minta IMR selidik aliran atau sungai kecil di Hilir Perak dan Batang ...



Uploaded by ThePerakToday on Feb 13, 2012

Kerajaan negeri telah mengarahkan agensi-agensi berkaitan supaya melakukan kaji selidik bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya penyebaran virus Acute Gastroenteritis (AGE) di sekitar daerah Hilir Perak dan Batang Padang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu setakat ini beliau difahamkan kawasan takungan kolam dibawah pengawasan Lembaga Air Perak (LAP) semangnya telah dipantau dengan begitu ketat memandangkan ia digunakan sebagai sumber air minuman.

"Saya sudah arahkan supaya punca-punca serta aliran air dapat dipastikan tahap kebersihannya, setakat ini kita mahu pastikan ia berpunca dari air dan sama ada ia dari kawasan takungan air LAP atau kolam lain.

"Namun saya difahamkan kolam takungan LAP memang dipantau dengan begitu ketat setiap masa berikutan air dari kolam berkenaan disalurkan ke rumah-rumah untuk digunakan sebagai sumber air minuman.

Dari apa yang telah dimaklumkan, menurut Zambry, pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan penyelidikan bagi mengetahui punca serta aliran air yang dicemari ini.

Malah katanya, terdapat kemungkinan virus bermula dari sungai-sungai kecil yang masuk ke saluran kolam takungan LAP.

Justeru katanya, jika perkara itu berlaku, beliau mengharapkan pihak IMR dapat melakukan penyiasatan sekiranya wujudnya aliran atau sungai lain yang membawa virus terbabit.

Zambry ditemui selepas mengadakan melawat pesakit yang diserang wabak virus AGE di Hospital Tapah bersama Exco Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon, hari ini.

Sementara itu, Dr Mah memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kes AGE yang ditemui di daerah Hilir Perak dan Batang Padang adalah sebanyak 2817 kes.

"Daripada jumlah keseluruhan 80 kes baru ditemui daripada 1810 kes kumulatif di sekitar daerah Hilir Perak dan bagi kawasan Batang Padang, sebanyak 51 kes baru ditemui daripada 1007 kes kumulatif.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mendidih air minuman dan makanan hendaklah dimasak bagi mengelak berlakunya penyebaran virus terbabit.

Malah katanya, masyarakat juga perlu berhati-hati dengan penggunaan ais dimana sumbernya perlulah daripada air yang telah dimasak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog