Exco Adat & Sukan Relevan Kehendak Pas Yang Sudah Tolak Perjuangan Islam

Uploaded by umnohq on Jan 25, 2012

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Sudah terang lagi bersuluh... ternyata pakatan pembangkang sebenarnya sudah hilang kepercayaan terhadap Pas untuk membawa atau membela Islam di negeri Selangor, apabila Dr Ahmad Yunus Hairi yang mengantikan Datuk Dr Hassan Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru tetapi tidak memegang portfolio Agama, ujar mantan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD Johari Yassin.

"Saya berpandangan bahawa tindakan kerajaan negeri Selangor ini juga selaras dengan keputusan Pas di peringkat Pusat untuk tidak lagi memperjuangkan Islam, tidak lagi menegakkan negara Islam dan tidak lagi melaksanakan Hudud sebagaimana perjuangan mereka yang terdahulu.

"Sebagaimana Pas sendiri telah mengugurkan perancangan mereka untuk menegakkan Negara Islam, saya kira tindakan kerajaan negeri ini amatlah bersesuaian kerana Pas tidak lagi dilihat sebagai parti yang memperjuangkan Islam, apatah lagi untuk membela atau memperkasa Islam khususnya di negeri Selangor ini," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perubahan portfolio kerajaan Selangor apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi, 47, yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hanya diberikan portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Baca lanjut di: http://umno-online.com/?p=54000

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Archives

Search This Blog